45 orang buta SSB terlibat karnival sukan, permainan di Miri

TAHNIAH: Yang (empat kanan) menyampaikan Trofi Cabaran Datuk Hsiung
kepada ketua pasukan Kuching disaksikan Dr Hsiung.

TAHNIAH: Yang (empat kanan) menyampaikan Trofi Cabaran Datuk Hsiung kepada ketua pasukan Kuching disaksikan Dr Hsiung.

KUCHING: Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak (SSB) baru-baru ini menganjurkan Karnival Sukan dan Permainan 2016 dwitahunan di Miri.

Sebanyak tiga pasukan Kuching, Sibu dan Miri menyertai perkampungan sukan tiga hari yang menyeronokkan itu.

SSB dalam kenyataannya semalam berkata seramai 45 peserta bersaing dalam karnival ini melibatkan aktiviti sukan seperti boling, ping pong, dart, karom, catur dan banyak lagi.

Selain itu, peserta juga menerima layanan istimewa dan dibawa melawat Kuala Baram Crocodile Farm dan berpeluang menyentuh kuda dan ular.

Acara karnival berakhir dengan jamuan malam perpisahan, penyampaian hadiah serta pertandingan karaoke.

Pasukan SSB Kuching muncul juara keseluruhan di mana Trofi Cabaran Datuk Hsiung disampaikan Pengerusi SSB Miri Yang Yik Kang disaksikan Presiden SSB Datuk Dr Hsiung Kwo Yeun.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/09/16/45-orang-buta-ssb-terlibat-karnival-sukan-permainan-di-miri/