32 individu ditahan terlibat dalam kegiatan perjudian

BAHAN BUKTI: Pelbagai barangan berkaitan judi dirampas dalam
serbuan-serbuan itu termasuk mesin judi.

BAHAN BUKTI: Pelbagai barangan berkaitan judi dirampas dalam serbuan-serbuan itu termasuk mesin judi.

KUCHING: Seramai 32 individu ditahan apabila terlibat dalam kegiatan perjudian pada serbuan-serbuan yang dijalankan dari 23 hingga 29 Mei di beberapa tempat di negeri ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) SAC Dev Kumar, suspek-suspek yang ditahan berumur dalam lingkungan 18 hingga 71 tahun, turut merangkumi empat wanita dan tiga warga asing.

“Sembilan serbuan yang menjurus kepada penangkapan 32 individu terlibat dalam loteri nombor haram, judi siber dan sabung ayam turut menyaksikan wang tunai berjumlah RM10,029 dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dev berkata, serbuan dijalankan JSJ daerah serta JSJ Sarawak itu dijalankan di Kuching, Padawan, Sibu, Miri, Kota Samarahan, Betong dan Meradong.

Menurut beliau, enam daripada serbuan itu berkait dengan nombor loteri haram, dua adalah judi siber dan mesin judi serta satu sabung ayam.

“Empat lelaki ditahan kerana terlibat dalam judi sabung ayam di Debak, Betong manakala 20 lagi ditangkap atas judi siber dan lapan lagi loteri nombor haram,” tambahnya.

Selain 29 komputer dan mesin-mesin judi katanya, pelbagai barangan berkaitan nombor loteri haram turut dirampas seperti pencetak mudah alih, telefon bimbit, kalkulator, lejar dan slip pertaruhan turut dirampas dalam serbuan-serbuan tersebut.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/05/30/32-individu-ditahan-terlibat-dalam-kegiatan-perjudian/