30 peniaga kecil sertai program Pasar Tani FAMA hujung minggu ini

Originally published at: http://miricommunity.net/2015/08/28/30-peniaga-kecil-sertai-program-pasar-tani-fama-hujung-minggu-ini/

MIRI: Seramai 30 peniaga kecil akan menyertai program Pasar Tani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Miri bertempat di Myy Mall Lutong pada Sabtu (29 Ogos) dan Ahad (30 Ogos) ini.

Menurut jurucakap penganjur, aktiviti selama dua hari itu akan menjual pelbagai produk tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan daripada peniaga berkenaan.

Katanya, pasar tani itu adalah permulaan untuk peniaga kecil mempromosikan hasil pertanian masing-masing dan sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan, ia akan membuka ruang lebih ramai peniaga kecil untuk menyertainya bagi anjuran seterusnya.

Program Pasar Tani tersebut akan bermula pada jam 2 petang hingga 11 malam pada hari Sabtu, manakala jam 8 pagi hingga 2 petang pada hari Ahad.

Orang awam adalah dipelawa berkunjung ke pasar tani itu bagi menyokong aktiviti tersebut dan membeli produk hasil tempatan.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut berhubung Pasar Tani terbabit, boleh menghubungi di talian 085-415425.