25 Oktober sebutan lanjut kes lelaki guna dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine

MIRI: Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan 25 Oktober ini untuk sebutan lanjut kes seorang lelaki dituduh menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Abu Bakar Mana Alial Alawi, 41, dari Jalan Raja di sini didakwa mengikut Seksyen 15 91) (a) Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) (a) akta sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun serta dikehendaki menjalani pengawasan tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didakwa menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu jam 10.35 pagi, pada 10 Ogos lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/10/12/25-oktober-sebutan-lanjut-kes-lelaki-guna-dadah-jenis-amphetamine-dan-methamphetamine/