25 individu disyaki terlibat jual nombor loteri haram ditangkap

PERIKSA: Polis memeriksa telefon bimbit salah seorang lelaki dalam
serbuan dilaksanakan.

PERIKSA: Polis memeriksa telefon bimbit salah seorang lelaki dalam serbuan dilaksanakan.

KUCHING: Seramai 25 individu termasuk seorang warga asing disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan nombor loteri haram di-tangkap dalam beberapa serbuan dalam tempoh 25 April hingga 1 Mei.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar berkata, polis turut merampas wang tunai lebih RM18,000 dipercayai taruhan selain pelbagai barangan lain seperti mesin pencetak mudah alih, telefon bimbit, kalkulator, buku dan slip pertaruhan dalam 17 serbuan berkenaan.

“17 serbuan itu membawa kepada penahanan 25 individu yang terlibat dalam nombor loteri haram dan wang tunai berjumlah RM18,028 dipercayai pertaruhan dirampas dalam serbuan-serbuan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dev memberitahu, mereka yang ditahan berumur lingkungan 15 hingga 63 tahun dengan 14 orang daripada jumlah itu adalah lelaki, manakala selebihnya wanita.

Tujuh daripada serbuan itu dijalankan pasukan-pasukan dari cawangan Cantas D7 (Unit Anti Mak-siat, Perjudian dan Gengsterisme) Bukit Aman, tiga oleh D7 negeri manakala bahagian siasatan jenayah daerah Kuching, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Sarikei, Limbang dan Sri Aman masing-masing satu serbuan.

Jelasnya, sembilan serbuan dilakukan di kedai kopi, dua di kaki lima sebuah pasar ikan manakala selebihnya di restoran, tempat cuci kereta, kedai telekomunikasi, kedai jahit, kedai basikal dan ru-mah, masing-masing satu.

Kesemua suspek disiasat dibawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu, Dev mendedahkan JSJ telah menjalankan sebanyak 246 serbuan berjaya dalam tempoh 1 Januari hingga 30 April di kesemua 28 daerah.

Katanya, 48 serbuan adalah berkaitan judi siber, 158 nombor loteri haram, 15 sabung ayam, selain serbuan atas perjudian di tempat-tempat awam dan premis.

“Seramai 830 individu ditahan, 433 mesin judi dan wang tunai berjumlah RM197,289 dirampas,” katanya.

Tiga penganjur (promoter) judi ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) kerana meng-galakkan perjudian di Miri.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/05/03/25-individu-disyaki-terlibat-jual-nombor-loteri-haram-ditangkap/