16 organisasi terima sumbangan SEB

MIRI: Sejumlah 16 organisasi terdiri daripada masjid, surau, PERYATIM dan sekolah tahfiz masing-masing menerima sumbangan Sarawak Energy Berhad (SEB) pada majlis diadakan di Mega Hotel Miri di sini kelmarin.

Organisasi terbabit ialah Masjid An-Nur Pujut Tanjung Batu, Masjid Nurul Iman Kampung Masjid Kuala Baram, Masjid Ar Rayyan Permy Jaya, Masjid An-Naim Lutong, Masjid Pulau Melayu, Surau Nurul Jamilun Subhi Pujut Sungai Adong, Surau Al Jariah Jalan Pujut 9, Surau Darul Rahman Lutong, Surau Darul Taqwa Tudan Fasa 2, Surau Darul Iman Tudan Faza 2A, Surau Al Ummah Fasa 3,4 & 5 Tudan, Surau Darul Ikhlas Senadin, Surau Darul Qaryah Desa Senadin, Surau Darul Hidayat Kampung Hj. Ibrahim Kuala Baram, PERYATIM dan Ma’had Tahfiz Al-Quran Miri.

Penyerahan sumbangan kepada wakil telah disampaikan oleh Naib Presiden Audit Dalaman SEB Wan Mahmud Wan Abdullah.

Majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut turut diikuti dengan majlis berbuka puasa.

Sementara itu, Pengurus Kanan Protokol dan Acara SEB Azahari Aliman dalam ucapan alu-aluannya berkata, biarpun majlis berbuka puasa diadakan setahun sekali namun objektif utama penganjuran tetap sama.

“Apa kita lakukan ialah usaha mempuk dan meningkat hubungan baik antara SEB bersama masyarakat setempat, rakan media, agensi kerajaan, NGO serta pihak berkepentingan,” katanya.

Sehubungan itu jelas Azahari, ia bertujuan supaya isu diutara dari semasa ke semasa turut ditangani baik melalui pertemuan dalam majlis berkenaan.

“Justeru, SEB turut menghargai kerjasama telah diberi pelbagai pihak dalam bersama membantu apabila SEB berdepan dengan pelbagai krisis.

“Diharap sokongan dan kesefahaman daripada pelbagai pihak dapat diterus agar kita saling mampu bekerjasama dalam menangani masalah yang berkaitan,” tambahnya.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/06/11/16-organisasi-terima-sumbangan-seb/