15 jelitawan berentap pada peringkat akhir Pertandingan Kumang RNI

BERENTAP: Finalis Pertandingan Kumang RNI yang bakal berentap merebut
gelaran Kumang pada malam 20 November ini.

BERENTAP: Finalis Pertandingan Kumang RNI yang bakal berentap merebut gelaran Kumang pada malam 20 November ini.

MIRI: Seramai 15 jelitawan berentap pada peringkat akhir Pertandingan Kumang RNI yang akan berlangsung pada malam 20 November ini di Hotel Meritz di sini bermula jam 7 malam.

Pertandingan tersebut diadakan sebagai acara kemuncak sempena Majlis Makan Malam Perasmian Persatuan Raban Ngepan Iban (PRNI) yang berlangsung pada malam Ahad ini dengan tema ‘Pua Kumbu’.

Seramai 15 peserta terbabit telah melalui sesi pusingan awal dan soal jawab bagi menguji tahap kecerdikan (IQ) menjawab soalan dikemukakan di pada petang 13 November lalu di Bintang Megamall Miri.

Ahli Jawatankuasa Sosial RNI Elizabeth Lena berkata pusingan awal peserta mengenakan pakaian kebaya nyonya manakala pada malam final peserta akan mengenakan busana atau ‘ngepan Iban’ serba lengkap dan asli.

“Semua 15 peserta dari seluruh negeri dengan latar belakang berbeza namun tetap berbangsa Iban dan bagi anak kacukan syaratnya ialah ibu atau bapanya adalah Iban,” jelas beliau.

Menurut Elizabeth, markah diperolehi pada pusingan awal dikumpul dan dibawa ke malam final pada 20 November ini dan semua wajib berpakaian busana atau ‘ngepan Iban’ yang lengkap dan asli.

Barisan jelitawan Iban berentap pada malam itu ialah Nurul Ainnisya Sukri dari Miri, Fernnie Tang (Bintulu), Monisha Winner Bui (Tinjar, Baram), Martina Huang (Miri), Roseda Ancha (Bekenu, Sibuti), Nur Amalina (Limbang), Mennie Sbuan (Miri), Nyura Tedong (Kanowit), Magdelina Jilan (Miri), Patricia Aveline Rengge (Kapit), Michelle Thomas Magal (Sibu), Pareelian Kinta Pancho (Kanowit), Evie Sendi Ibil (Saratok), Archie Kulan Tuan (Sri Aman) dan Beatrice Geraldine Ringkai (Sibu).

Final malam tersebut untuk memilih lima peserta teratas mewakili Miri ke pertandingan peringkat negeri tahun depan sempena Hari Gawai 2017.

Selain itu, pelbagai kebudayaan kaum Iban termasuk ‘tabuh’ dipersembahkan dan penganjur turut menjemput penyanyi popular Iban, Winnie Albert selain Andy Hadrian dan Walter Medan menghiburkan penonton.

Acara cabutan bertuah turut menawarkan hadiah-hadiah menarik antaranya set kecantikan Mary Kay tajaan Pink Bellara Miri, set penjagaan kulit tajaan Nori SkinCare, aksesori pakaian tradisional Iban tajaan pengusaha tempatan juga ahli PRNI sendiri, perkakas dapur elektrik dan banyak lagi.

LikeTweet

Source: http://miri.my/2016/11/16/15-jelitawan-berentap-pada-peringkat-akhir-pertandingan-kumang-rni/